Image Banner

JAUHI PRASANGKA DAN MENCARI AIB ORANG

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (Sahih Bukhari No: 5604) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang beriman dilarang berprasangka buruk kepada orang lain kerana ia akan mendorong kepada perbuatan menuduh tanpa bukti dan akan menjadi dosa besar.

2. Ibnu Sirin berkata: “Jika sampai kepadamu berita yang tidak kamu sukai tentang saudaramu, maka carilah uzur untuknya. Jika kamu tidak mendapati uzur maka katakan, barangkali dia memiliki uzur yang aku tidak mengetahuinya.

3. Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita dengan cara mencegah atau menasihat secara hikmah mengikut kemampuan, bukan dengan cara maki hamun.

4. Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain. Lebih-lebih lagi isu atau kelemahan itu ditulis dan ditularkan di media elektronik seperti FB, Whatsapp, telegram dan sebagainya hingga mengaibkan peribadi seseorang.

5. Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci. Raikanlah perbezaan yang ada pada kita dengan saling bermaafan.

6. Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.

Menjaga persaudaraan itu wajib seperti wajibnya solat dan puasa dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan dan aib orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia dari melakukan maksiat.

 

Sumber : Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

MORE

CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN?

Dunia pendidikan kini semakin mencabar dan kompleks. Sebarang perubahan dan perancangan perlu bersifat mudah ubah. Perubahan mendadak menginginkan para pendidik untuk lebih kreatif dan inovatif dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestarikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh para pendidikan dan murid-murid dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian seperti kebolehcapaian internet, pengurusan emosi dan penilaian secara holistik.

Kebolehcapaian internet menjadi salah satu perkara penting dalam mengendalikan kelas atas talian. Usaha mengenalpasti tahap kebolehcapaian internet bagi setiap murid di dalam kelas dapat membantu guru dalam menentukan kaedah bersesuaian bagi membolehkan kelas atas talian dapat dijalankan dengan baik. Di Raudhah Islamic School, pihak pengurusan telah berusaha membekalkan capaian internet yang baik kepada guru-guru agar mereka boleh menjalankan kelas atas talian tanpa sebarang gangguan internet. Antara kaedah yang kami lakukan adalah membekalkan Modem internet kegunaan sesi Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) mereka.

Cabaran kedua pelaksanaan pembelajaran dalam talian adalah pengurusan emosi. Peringkat awal pelaksanaan PKP seakan memberikan ‘rahmat’ kepada pelajar kerana tidak perlu hadir ke sekolah dan menjalani aktiviti PdP harian. Namun setelah PKP terus dilanjutkan, mereka mula merasa bosan kerana terlalu lama berkurung di dalam kediaman masing-masing. Murid juga tidak dapat bertemu rakan sebaya, bermain dan berbual dengan sahabat karib di sekolah ataupun menjalani aktiviti ko-kurikulum. Inilah yang mengakibatkan emosi murid mulai mengalami ketidakstabilan emosi. Di Raudhah Islamic School, kami cuba membantu menstabilkan emosi murid-murid melalui pelbagai aktiviti menarik sepanjang PdPR berlangsung. Murid-murid bukan sahaja semata-mata belajar, mereka turut diberi tugasan berbentuk hiburan, nyanyian, kuiz yang menghiburkan dan sebagainya bersama rakan-rakan secara atas talian.

Cabaran yang ketiga pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini adalah pentaksiran holistik. Persoalan timbul apabila bagaimana pentaksiran dapat dijalankan bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kaedah pentaksiran berasaskan projek yang boleh dilaksanakan bersama keluarga, kajian kes, ulasan artikel, menjalankan eksperimen dan merekabentuk poster mampu memenuhi keperluan komponen pembentukan intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Ini secara tidak langsung memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Di Raudhah Islamic School, kami masih meneruskan peperiksaan seperti biasa dimana kertas soalan di edar atau di pos kepada setiap murid dan dijawab ketika sesi atas talian. Bagi kami, peperiksaan amat penting bagi mengukur prestasi pembelajaran murid-murid.

Tidak dinafikan, semua institusi pendidikan sama ada kerajaan atau swasta terkesan dalam melaksanakan sesi PdP bersama murid-murid akibat Pelaksanaan PKP ini. Namun sebagai pendidik, kita tidak boleh jadikan itu sebagai alasan dan haruslah melaksanakan dengan apa cara sekalipun agar proses ilmu itu terus berjalan.

Untuk ibu bapa yang mencari sesi persekolahan pada sesi 2022, kami mengalu-alukan ibu bapa untuk bertanya lanjut tentang Raudhah Islamic School agar dapat menjadi pilihan tuan-puan untuk pusat pembelajaran anak-anak anda.

Raudhah Islamic School Putrajaya
88, Jalan Diplomatik P15,
Presint 15, 62050 Putrajaya
No. Tel : 016-253 2600
Email : adminrisputrajaya@raudhah.edu.my
Website : www.raudhahputra.edu.my

#intakeris2022 #seeyounextyear2022 #raudhahislamicschool

MORE

KAMI BANTU ANAK ANDA CEMERLANG DUNIA & AKHIRAT!

Dakwah itu mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Ianya suatu tugas yang harus dipikul oleh seluruh ahli masyarakat. Maka dengan itu, Raudhah Islamic School Menyediakan suasana beragama, khususnya bagi menyediakan murid-murid dengan persekitaran kondusif untuk menyebarkan kebaikan.
Raudhah Islamic School mengamalkan amalan hidup Islam dalam setiap pembelajaran dan kehidupan serta sifat muraqabah iaitu merasakan Allah SWT sentiasa memerhati didalam diri setiap pelajar bagi melahirkan ummu albab yang Berjaya di dunia dan akhirat.
Raudhah Islamic School juga menekankan kepada suasana persekitaran yang Islamik, termasuk program budaya ilmu, kesedaran ukhuwah Islamiah, keceriaan kawasan fizikal sekolah serta penghayatan Islam bersepadu.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran, ayat 104)
Selain itu, pengajaran merentas kurikulum juga boleh diamalkan di Raudhah Islamic School seperti menghubungkan kejadian alam dan atmosfera dengan kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta dalam pengajaran sains untuk meningkatkan kesedaran aspek tauhid kepada pelajar.
Jadi, ibu bapa sudah pastinya ingin mencari sekolah yang terbaik untuk anak anda. Dengan konsep yang diterapkan di Raudhah Islamic School kami menjamin ibu bapa pasti akan berpuas hati dengan cara didikan yang diberi oleh pihak Sekolah.
Nak tahu lanjut berkaitan pendaftran 2022? Hubungi admin kami untuk konsultasi penuh :
>>WHATSAP
>>WHATSAP
>>WHATSAP

#intakeRIS2022 #raudhahislamicschool #anakanakraudhah

MORE

KISAH BENAR RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL

Assalamualaikum semua pembaca yang dihormati, saya harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera serta dalam rahmat Allah sentiasa. Musim lockdown + cuti sekolah ni bosan tak buat apa, jadi saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sebagai seorang guru yang bertugas di Raudhah Islamic School hampir 2 tahun. Saya percaya ramai pembaca
di kalangan ibu bapa yang sedang mencari sekolah yang terbaik untuk anak masing-masing pada tahun 2022. Jadi disini saya nak cerita dahulu mengenai Raudhah Islamic School yang kini merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang berada di kelasnya yang tersendiri.

Yuran
RIS antara sekolah swasta yang mempunyai struktur yuran yang berpatutan serta ‘mampu
bayar’. Jadi tidak pelik kenapa RIS menjadi pilihan ibu bapa lebih-lebih lagi dalam keadaan
pandemik sekarang yang mana aspek kewangan menjadi factor perkiraan sebelum
membuat apa-apa pilihan dan keputusan.


Fasiliti
Fasiliti Kemudahan dan fasiliti yang ada di RIS memang terbaik. Contohnya setiap kelas dilengkapi dengan penyaman udara , kipas & CCTV bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pelajar terjamin semasa berada di sekolah. Setiap kelas hanya memuatkan 15-20 orang pelajar sahaja bagi memastikan pelajar mendapat perhatian yang secukupnya daripada guru-guru.

Tandas
Tandas yang telah diubahsuai dan dilalukan beberapa penambahbaikkan untuk menjamin keleseaan pelajar.

Surau
surau yamg luas & selesa serta di lengkapi karpet saf kekal untuk kegunaan pelajar.

Guru
Guru-guru RIS adalah gabungan guru berpengalaman dan guru muda. Tetapi majoritinya ialah guru muda yang aktif serta banyak membawa idea-idea yang kreatif & kritis untuk diaplikasi dalam pengajaran mereka. Tambahan lagi, guru-guru ini juga mahir dalam
mengendali pembelajaran secara digital mengikut peredaran masa sekarang. Guru-guru
disini juga baik dan penyayang orang nya.

Makanan
Part ni pelajar memang suka sebab makanan kat RIS memang sedap dan berkhasiat. RIS
menyediakan sebanyak 4 kali hidangan sehari iaitu morning booster (susu & kismis), sarapan,
makan tengahari & minum petang. Pihak sekolah juga telah membuat kajian & pemerhatian berkenaan menu makanan yang paling digemari serta kurang digemari oleh para pelajar. Jadi ibu bapa tak perlu risau tentang pemakanan anak-anak di sekolah.

Sukatan Pelajaran
RIS menggunapakai sistem pendidikan integrasi iaitu gabungan akademik (KPM) + KAFA
(JAIS/JAWI). Sukatan akademik merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni, Muzik, Reka Bentuk Teknologi & Sejarah. Manakala
KAFA pula merangkumi Al-Quran, Hadis, Tajwid, Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah, Jawi, Khat &
Bahasa Arab. Jadi ibu bapa tak perlu pening kepala nak hantar anak ke kelas KAFA selepas
waktu sekolah.
BERMINAT NAK DAFTAR ANAK UNTUK SESI 2022 ATAU NAK SURVEY DULU SAHAJA?!
.
Boleh hubungi admin kami
0162532600 (caw.putrajaya)
0162532600 (caw.putrajaya)
0162532600 (caw.putrajaya)


MORE

LANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH RIS

Assalamualaikum dan selamat pagi. Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil.
RIS Putrajaya mengambil pendekatan ini untuk membentuk satu organisasi kepimpinan di sekolah yang diberi nama pengawas sekolah. Pengawas sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru- guru memantau dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekolah agar sekolah sentiasa dalam keadaan yang terkawal sama ada dari segi disiplin mahupun keceriaan sekolah. Pengawas sekolah kebiasaanya dilantik oleh guru-guru dalam kalangan pelajar yang berdedikasi, bertanggungjawab dan dihormati dalam kalangan pelajar sekolah.
Tugas membentuk kalangan pelajar bermoral, bersahsiah dan berdisiplin tinggi amat dititikberatkan pada murid-murid di RIS Putrajaya. Hal ini kerana.......
‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Agama’ 😊
Pertanyaan lanjut untuk kemasukan 2022 ke Raudhah Islamic School Putrajaya
https://wa.link/i97eha
atau scan QR code yang telah disediakan..terima kasih🌸

MORE

SOLAT JEMAAH ANAK-ANAK RIS

Assalamualaikum dan selamat pagi, Solat jemaah dari segi syara’ bermaksud menyambungkan solat yang dilakukan dengan mengikut perbuatan imam. Ia merupakan satu syiar yang perlu dipertahankan dan ditunaikan oleh umat islam. Ia juga merupakan satu wasilah dan cara untuk memupuk mahabbah dan kasih sayang serta semangat tolong menolong antara sesama muslim.Ia adalah sunnah muakkadah dan makruh hukumnya meninggalkan solat berjemaah.
Jadi, solat berjemaah antara pengisian utama pihak RIS bagi membina karektor warga sekolah, khususnya murid untuk mencegah perkara negatif dalam mengharungi dunia yang kian mencabar.
RIS Putrajaya akan menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan untuk menyusun serta menstrukturkan jadual waktu persekolahan bagi membolehkan guru dan murid melaksanakan amalan yang baik ini sebagai pengukuhan kepada ilmu yang dipelajari di dalam kelas harian.
Jemaah jemaah juga. SOP tetap perlu jagaa tauu 😘
Pertanyaan lanjut untuk kemasukan 2022 ke Raudhah Islamic School Putrajaya

atau scan QR code yang telah disediakan..terima kasih🌸

MORE

RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL PUTRAJAYA

Assalamualaikum dan selamat pagi, Al-Quran jelas menerangkan keperluan pendidikan melalui ayat pertama diturunkan: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku; bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan." (Al-'Alaq: 1-5)
Ayat berkenaan memerintahkan kita terus menyediakan anak untuk mendapatkan ilmu apatah lagi dalam norma baharu kerana ilmu sebagai alat untuk beramal dan berbakti kepada Allah SWT.
Sekian.
Pertanyaan lanjut untuk kemasukan 2022 ke Raudhah Islamic School Putrajaya

atau scan QR code dibawah..terima kasih🌸

MORE

Image News

Image Banner