16 DISEMBER 2022 - MURID-MURID RIS PUTRAJAYA MENGADAKAN LAWATAN KE SELANGOR FRUIT VALLEY SEMPENA PROGRAM KEM SURVIVAL 2022. PELBAGAI AKTIVTI DIADAKAN DI SINI ANTARANYA MURID-MURID DAPAT MENGENALI DAN BERMAIN DENGAN PELBAGAI JENIS BINATANG DI SINI.
16 DISEMBER 2022 - MURID-MURID RIS PUTRAJAYA MENGADAKAN LAWATAN KE SELANGOR FRUIT VALLEY SEMPENA PROGRAM KEM SURVIVAL 2022. PELBAGAI AKTIVTI DIADAKAN DI SINI ANTARANYA MURID-MURID DAPAT MENGENALI DAN BERMAIN DENGAN PELBAGAI JENIS BINATANG DI SINI.
30 OGOS 2022 - RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL, RAUDHAH MONTESSORI CENTRE & RAUDHAH SECONDARY SCHOOL TELAH MENGADAKAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65 DI PERKARANGAN KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 16, PUTRAJAYA. PROGRAM INI MELIBATKAN SEMUA MURID, GURU & STAF PENGURUSAN YANG DIADAKAN BAGI MEMUPUK KECINTAAN KITA SEMUA KEPADA NEGARA. LAUNGAN KEMERDEKAAN OLEH TUAN PENGERUSI SEBANYAK 3 KALI BERKUMANDANG SEBAIK SAHAJA PERUTUSAN KEMERDEKAAN HABIS DI BACA OLEH PENGARAH PROGRAM, CIKGU NAJIHAH.
PELBAGAI AKTIVITI DIADAKAN SEPANJANG PROGRAM INI ANTARANYA PERTUNJUKAN FESYEN, NYANYIAN, PENTOMIN DAN TARIAN.
DARIPADA ABU HURAIRAH RA, NABI SAW BERSABDA: "JAUHILAH PRASANGKA BURUK, KERANA PRASANGKA BURUK ADALAH UCAPAN YANG PALING DUSTA, JANGANLAH KALIAN SALING MENDIAMKAN, JANGANLAH SUKA MENCARI-CARI ISU, SALING MENDENGKI, SALING MEMBELAKANGI, SERTA SALING MEMBENCI, TETAPI, JADILAH KALIAN HAMBA-HAMBA ALLAH YANG BERSAUDARA." (SAHIH BUKHARI NO: 5604) STATUS: HADIS SAHIH
PENGAJARAN:
1. ORANG BERIMAN DILARANG BERPRASANGKA BURUK KEPADA ORANG LAIN KERANA IA AKAN MENDORONG KEPADA PERBUATAN MENUDUH TANPA BUKTI DAN AKAN MENJADI DOSA BESAR.
2. IBNU SIRIN BERKATA: “JIKA SAMPAI KEPADAMU BERITA YANG TIDAK KAMU SUKAI TENTANG SAUDARAMU, MAKA CARILAH UZUR UNTUKNYA. JIKA KAMU TIDAK MENDAPATI UZUR MAKA KATAKAN, BARANGKALI DIA MEMILIKI UZUR YANG AKU TIDAK MENGETAHUINYA.
3. ISLAM MENYURUH AGAR TIDAK MENDIAMKAN DIRI JIKA KEMUNGKARAN BERLAKU DI HADAPAN KITA DENGAN CARA MENCEGAH ATAU MENASIHAT SECARA HIKMAH MENGIKUT KEMAMPUAN, BUKAN DENGAN CARA MAKI HAMUN.
4. MUSLIM DILARANG MENCARI-CARI ISU ATAU KELEMAHAN ORANG LAIN. LEBIH-LEBIH LAGI ISU ATAU KELEMAHAN ITU DITULIS DAN DITULARKAN DI MEDIA ELEKTRONIK SEPERTI FB, WHATSAPP, TELEGRAM DAN SEBAGAINYA HINGGA MENGAIBKAN PERIBADI SESEORANG.
5. SETIAP KITA JUGA DILARANG SALING MENDENGKI, SALING MEMBELAKANGI, SERTA SALING MEMBENCI. RAIKANLAH PERBEZAAN YANG ADA PADA KITA DENGAN SALING BERMAAFAN.
6. SETIAP MUSLIM DITUNTUT AGAR BERUSAHA MENJAGA TALI PERSAUDARAAN SESAMA MUSLIM.
MENJAGA PERSAUDARAAN ITU WAJIB SEPERTI WAJIBNYA SOLAT DAN PUASA DENGAN MENJAUHI SANGKA BURUK, TIDAK MENCARI KELEMAHAN DAN AIB ORANG LAIN, JANGAN BERDENGKI, ELAKKAN MEMBENCI, TIDAK MEMBELAKANGKAN ORANG LAIN DAN BANTU SAHABAT DENGAN MENCEGAH DIA DARI MELAKUKAN MAKSIAT.
 
SUMBER : PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA NEGERI JOHOR
DARIPADA IBN ABBAS R.A MERIWAYATKAN, BAHAWA SESUNGGUHNYA RASULULLAH SAW BERSABDA:
MAKSUDNYA: “JIKA SEMUA ORANG DIPENUHI AKAN TUNTUTANNYA, NESCAYA AKAN ADA ORANG MENUNTUT HARTA BENDA DAN DARAH SUATU KAUM. AKAN TETAPI HENDAKLAH ADA BUKTI BAGI ORANG YANG MENUDUH DAN ADA SUMPAH BAGI YANG MENGINGKARI.”
(RIWAYAT AL-BAIHAQI NO 20990, HASAN SEBAHAGIAN LAFAZNYA DIRIWAYATKAN OLEH AL-BUKHARI NO. 4552 DAN MUSLIM NO. 1711)
PENGAJARAN HADIS:
1. SEORANG HAKIM HARUS MEMINTA DARI KEDUA ORANG YANG BERSENGKETA SESUATU YANG DAPAT MENGUATKAN PENGAKUAN MEREKA SEPERTI SAKSI YANG CUKUP SYARAT-SYARATNYA.
2. SEORANG HAKIM TIDAK BOLEH MEMUTUSKAN SEBUAH PERKARA DENGAN MENGHALALKAN YANG HARAM DAN MENGHARAMKAN YANG HALAL.
3. PADA DASARNYA SESEORANG BEBAS DARI TUDUHAN HINGGA TERBUKTI PERBUATAN JAHATNYA.
4. SEORANG HAKIM HARUS BERUSAHA KERAS UNTUK MENGETAHUI PERMASALAHAN SEBENARNYA DAN MENJELASKAN HUKUMNYA BERDASARKAN APA YANG TAMPAK BAGINYA.
5. BERSUMPAH HANYA DIPERBOLEHKAN ATAS NAMA ALLAH.
6. HADIS PADA RIWAYAT AL-BUKHARI DAN MUSLIM DISEBUTKAN BAHAWA IBN ABU MULAIKAH MENGATAKAN: “IBN ABBAS MENULIS BAHAWA SESUNGGUHNYA NABI SAW TELAH MENETAPKAN SUMPAH UNTUK ORANG YANG MENYANGKAL.
7. NABI SAW BERSABDA YANG BERMAKSUD: “SEKIRANYA MANUSIA DIKABULKAN APA SAHAJA YANG MENJADI PENGAKUANNYA, NESCAYA ORANG AKAN MUDAH MENUNTUT DARAH DAN HARTA ORANG LAIN. AKAN TETAPI, SUMPAH ITU UNTUK ORANG YANG MENYANGKAL DAKWAAN.”
PERKONGSIAN HADIS DARIPADA GURU RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL :
IT WAS RELATED ON THE AUTHORITY OF ABU SA'ID SA'D BIN MALIK BIN SINAN AL-KHUDRI, RADIYALLAHU 'ANHU, THAT THE MESSENGER OF ALLAH, SALLALLAHU 'ALAYHI WASALLAM, SAID:
"THERE SHOULD BE NEITHER HARMING NOR RECIPROCATING HARM."
[A EXCELLENT HADITH WHICH IBN MAJAH, AL-DARAQUTNI AND OTHERS RELATED AS OF SOUND ISNAD, BUT WHICH MALIK RELATED IN HIS MUWATTA' AS OF BROKEN ISNAD, FROM 'AMR BIN YAHYA, FROM HIS FATHER, FROM THE PROPHET, SALLALLAHU 'ALAYHI WASALLAM, BUT DROPPING (THE NAME OF) ABU SA'ID. THIS HADITH HAS LINES OF TRANSMISSION WHICH STRENGTHEN ONE ANOTHER (SO THAT IT MAY BE REGARDED AS OF SOUND ISNAD).]
PENGAJARAN HADIS.
(1) JANGANLAH MENZALIMI DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN SEBAGAIMANA HADIS RIWAYAT ABU DZAR: “WAHAI HAMBA-KU, SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENGHARAMKAN DIRIKU BERBUAT ZALIM DAN MENJADIKAN HARAM JUGA ANTARA KAMU, MAKA JANGANLAH KAMU SALING MENZALIMI.”
(2) SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD : “TUNAIKANLAH AMANAT KEPADA ORANG YANG MEMBERIKAN AMANAT KEPADAMU, DAN JANGANLAH KAMU BERKHIANAT KEPADA ORANG YANG BERKHIANAT.
(3) JANGANLAH MENZALIMI DIRI SENDIRI SEBAGAMANA HADIS RIWAYAT ANAS: “PADA SUATU HARI RASULULLAH SAW MELIHAT SEORANG LELAKI SEDANG BERJALAN KAKI. ADA ORANG MEMBERITAHU BAHAWA LELAKI ITU BERNAZAR UNTUK BERJALAN KAKI PERGI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN SEKARANG DIA HENDAK MELAKSANAKANNYA. KEMUDIAN RASULULLAH SAW BERSABDA MENERANGKAN, ‘ALLAH TIDAK MENGHENDAKI PERJALANANNYA. SEBAB ITU HENDAKLAH DIA BERKENDERAAN.”
(4) RASULULLAH SAW BERSABDA YANG BERMAKSUD: “AGAMA ITU MUDAH.”
(5) JANGANLAH BERBUAT KEBURUKAN KEPADA ORANG LAIN ATAUPUN BERBUAT SESUATU KEBAIKAN UNTUK DIRI SENDIRI TETAPI MEMUDARATKAN ORANG LAIN SEPERTI MEMBAKAR SAMPAH DI LAMAN SENDIRI TETAPI ASAPNYA MENGGANGGU JIRAN YANG LAIN.
DARIPADA ABU MALIK AL-HARIS IBN `ASIM AL-ASYA'ARIE R.A.
BELIAU BERKATA: RASULULLAH SAW TELAH BERSABDA:
KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN. UCAPAN ZIKIR AL-HAMDULILLAH MEMENUHI NERACA TIMBANGAN.
UCAPAN ZIKIR SUBHAANALLAH DAN AL-HAMDULILLAH KEDUA-DUANYA MEMENUHI RUANGAN ANTARA LANGIT DAN
BUMI. SEMBAHYANG ITU ADALAH CAHAYA. SEDEKAH ITU ADALAH SAKSI. SABAR ITU ADALAH SINARAN. AL-QUR'AN ITU
ADALAH HUJAH BAGIMU ATAU HUJAH KE ATASMU. SETIAP MANUSIA KELUAR WAKTU PAGI, ADA YANG MENJUAL
DIRINYA, ADA YANG MEMERDEKAKAN DIRINYA DAN ADA PULA YANG MENCELAKAKAN DIRINYA.
- HADIS RIWAYAT AL-LMAM MUSLIM.
POKOK PERBINCANGAN HADIS :
1. KEBERSIHAN SEBAHAGIAN IMAN : (PENDAPAT ULAMA’)
A) PAHALA PADA KEBERSIHAN - BERGANDA SEHINGGA SEPARUH PAHALA IMAN.
B) YANG DIKEHENDAKI IALAH MENINGGALKAN PERKARA DOSA DAN MAKSIAT (AN-NAHL: 56).
YANG DIMAKSUDKAN DI SINI IALAH WUDHU’.
C) BERSIH DARI HADAS BESAR DAN KECIL SAMADA DENGAN AIR ATAU TAYAMMUN, DAN YANG DIKEHENDAKI
IMAN ITU IALAH SOLAT.
D) YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BERSIH ITU IALAH WUDHU’ - MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA KECIL.
2. GALAKKAN MENGINGATI ALLAH;
PENGAJARAN HADIS:
(1) LSLAM AMAT MENITIKBERATKAN SOAL KEBERSIHAN, SEHINGGA MENGANGGAPNYA SEBAHAGIAN DARIPADA LMAN.
(2) SEMUA AMALAN SOLEH MERUPAKAN KEBAIKAN DAN KEINDAHAN BAGI SEORANG MUKMIN DAN MEMPUNYAI
NILAI YANG TINGGI. ADA AMALAN YANG MENJADI HUJAH BAGINYA, ADA YANG MENJADI CAHAYA BAGINYA, ADA YANG
MENJADI PEMBERAT MIZANNYA DAN SEBAGAINYA.
(3) SETIAP MANUSIA DALAM KEGIATAN HARIANNYA MENDEDAHKAN DIRINYA SAMA ADA KEPADA KEBAIKAN ATAU
KECELAKAAN. ADA YANG MENJUAL DIRINYA KEPADA ALLAH, LALU BEROLEH KEBAIKAN DAN KEJAYAAN DAN PULA ADA
YANG MENJUAL DIRINYA KEPADA SYAITAN LALU BEROLEH KECELAKAAN.